Tentang Kami

 Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang mengizinkan kami & memberi kami kudrat untuk mengusahakan Anas Industries & produk Warisan Bumi

Warisan Bumi™ adalah jenama produk sabun yang diproses cara tradisional dengan bahan-bahan semulajadi terpilih; tanpa bahan kimia berbahaya. Produk kami dijamin suci, tanpa pengawet, tanpa SLS, tanpa pewarna tiruan. Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Jenama Warisan BumiTM (SWB) merupakan suatu jawapan kepada anda yang tercari-cari akan produk sabun yang tulen, asli, dan tanpa bahan kimia berbahaya. SWB adalah organik, diadun secara tradisional dengan kaedah dan resipi yang telah diguna-pakai sejak zaman kegemilangan Islam pada abad ke 7-Masehi. Setiap butir sabun SWB adalah hasil kraftangan soapmaster kami yang berkepakaran tinggi serata amat teliti dalam memastikan kualiti kerja tangan mereka.

SWB bukanlah suatu jenama produk ajaib yang menjanjikan pencerahan kulit dengan seribu-satu khasiat. Akan tetapi, misi kami lebih kepada menghasilkan produk yang dijanjikan paling selamat untuk digunakan oleh setiap orang terutamanya individu yang mempunyai kulit sensitif dan alah kepada bahan kimia yang terkandung dalam sabun-sabun konvensional, seperti mereka yang menghidapi ekzima. Anda yang berkulit normal juga akan mendapat manfaat daripada penggunakan produk SWB ini, kerana ia dapat membebaskan anda daripada bahan kimia toksik, sekaligus mengekalkan kesihatan kulit anda.

Antara produk keluaran kami adalah seperti berikut:
Selain daripada itu, kami juga membuka tempahan untuk pelanggan yang mahukan sabun organik dengan cita rasa mereka yang tersendiri. Berikut adalah contoh-contoh peroduk yang telah ditempah khas:
Klik pautan dibawah untuk melayari blog kami:

| Produk Keluaran | Hubungi Kami | Senarai Harga | Testimonial |

No comments:

Post a Comment