Sabun Castile

Sejarah Sabun Castile dimulakan oleh tamadun Islam Eropah pada kurun ke-12 apabila mereka membina perusahaan sabun komersil yang pertama di wilayah Castile, Spanyol. Sabun ini diadun mengikut resipi tradisi tanpa sebarang tokok tambah; dihasilkan daripada 100% minyak zaitun virgin, tanpa pewarna, pewangi tambahan, dan bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya. Mendapat jolokkan “Queen of Soap”, ia digunakan oleh keluarga Di-Raja Eropah berabad lamanya. Sabun Castile adalah pilihan popular dikalangan mereka yang benar-benar ingin menggunakan sabun daripada 100% bahan semulajadi.
Sabun Castile SWB juga terdapat dalam bentuk cecair 400 ml - Klik Sini




Bahan utama sabun ini, iaitu minyak zaitun adalah sangat baik untuk kulit. Ia sangat lembut, mahupun pada kulit sensitif. Melihat kepada sejarah, masyarakat Mesir purba telah menggunakan minyak zaitun untuk membersihkan kulit mereka dari kotoran. Ia membantu mengekalkan elastik dan  kelembapan kulit. Walaupun tidak dicampur pewangi, aroma asli minyak zaitun cukup mengasyikkan.

Sabun Castile Warisan Bumi adalah adalah begitu lembut dan sesuai digunakan pada kulit sensitif. Boleh digunakan untuk mandian bayi, sebagai pencuci kulit wajah, serta sabun mandian untuk mereka yang menghadapi masalah eczema. 


Berat: 50 gram

Kandungan:
Minyak zaitun (virgin) tersaponifikasi dengan gliserin yang dikekalkan & air bertapis

Sila klik: Senarai Harga Produk
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila klik: Hubungi Kami

Untuk membeli produk ini, sila hubungi kami secara terus atau anda juga boleh membelinya melalui online shop kami di lelong.my dengan klik butang 'beli' di bawah:





No comments:

Post a Comment